Jamie Vardy tetap bersama Leicester City

Jamie Vardy tetap bersama Leicester City

LEICESTER, 24 Jun (AP) – Jamie Vardy hari ini, bersetuju untuk terus bersama kelab Leicester City bagi mengetuai pasukan itu mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kempen pertama Liga Juara-Juara.

Kelab dari tengah England itu mengumumkan bahawa penyerang utama mereka itu bersetuju untuk menyambung kontrak selama empat tahun, menamatkan usaha Arsenal bagi mendapatkan tandatangan penyerang itu.

Arsenal mengaktifkan klausa pelepasan Vardy sebelum Kejohanan Eropah dan dia kekal mendiamkan diri daripada umum mengenai masa depannya ketika bersama tugasan England di Perancis.

Vardy masih belum menandatangani sebarang perjanjian baharu tetapi kenyataan Leicester itu adalah jelas bahawa dia komited kepada pasukan yang mencipta antara kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak dengan memenangi liga buat kali pertama bulan lalu.

Jamie Vardy membuat keputusan untuk kekal bersama Leicester City. – AFP
Jamie Vardy membuat keputusan untuk kekal bersama Leicester City. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA