Jamuan perpisahan Pesuruhjaya Pakistan

Jamuan perpisahan Pesuruhjaya Pakistan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik yang akan menamatkan perkhidmatan dan isteri, Nayyara Malik, telah diraikan dalam Majlis Jamuan Perpisahan yang dihoskan oleh Masyarakat Pakistan di Brunei Darussalam.

Majlis yang berlangsung di salah sebuah hotel di Gadong itu dihadiri oleh lebih 100 orang warga Pakistan yang tinggal dan bekerja di negara ini.

Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik dalam ucapan perpisahannya antara lain menyentuh mengenai hubungan di antara Pakistan dan Brunei yang menurutnya semakin kukuh dalam pelbagai bidang.

Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik bersama tetamu yang lain di majlis itu.
Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Muhammad Zareef Malik bersama tetamu yang lain di majlis itu.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan masyarakat Pakistan yang tinggal dan bekerja di negara ini untuk lebih bekerja keras dalam membantu pembangunan Brunei dalam pelbagai bidang yang antaranya pendidikan, kesihatan dan perniagaan.

Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Mei 2014 dan sebelum ini beliau pernah berkhidmat di Kementerian Pertahanan, Republik Islam Pakistan.