Jana pasaran kewangan

Jana pasaran kewangan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Penggubalan ke atas n otis-notis peraturan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) yang dikeluarkan pada 28 Oktober lalu dipercayai mampu untuk menjana sebuah pasaran kewangan pengguna (consumer) yang stabil, sihat dan seimbang.

Penggubalan itu amat dialu-alukan oleh Persatuan Bank-bank Brunei (BAB), jelas Pengerusi BAB, Rino Donosepoetro. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered (SCB) berkata, penggubalan itu mampu menjana sebuah pasaran kewangan pengguna yang stabil dan seimbang.

Penggubalan itu dilaksanakan oleh AMBD hasil daripada maklum balas BAB berhubung dengan notis yang dikeluarkan pada Jun lalu dan BAB amat menghargai usaha proaktif AMBD dalam melaksanakan garis panduan dan peraturan yang teguh bagi pembiayaan peribadi untuk menjana suasana stabil dalam industri berkenaan, tambahnya lagi dalam wawancara bersama Media Permata di Ibu Pejabat SCB, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Beliau menambah bahawa BAB amat menghargai respons yang diberikan oleh AMBD atas maklum balas yang dikemukakan itu dan yakin hubungan kerjasama dua hala itu memberikan manfaat kepada semua pihak iaitu pengguna atau pelanggan, bank-bank dan pihak pengawal selia.

Jelas beliau lagi, dengan penggubalan yang diperkenalkan itu, klien dan pelanggan bank akan mempunyai lebih banyak pilihan daripada segi jenis produk pembiayaan yang ditawarkan dan ia akan meningkatkan lagi dinamik dalam industri perbankan serta mempromosikan persaingan yang sihat di mana bank-bank akan menawarkan produk yang menarik dengan pelbagai jenis manfaat kepada pelanggan.

Menurut Rino, BAB amat mengalu-alukan penggubalan notis AMBD yang dikeluarkan pada 28 Oktober lalu, di mana ia mampu untuk menjana pasaran kewangan pengguna yang stabil, sihat dan seimbang.
Menurut Rino, BAB amat mengalu-alukan penggubalan notis AMBD yang dikeluarkan pada 28 Oktober lalu, di mana ia mampu untuk menjana pasaran kewangan pengguna yang stabil, sihat dan seimbang.

Pada masa yang sama, beliau me-negaskan bahawa bank-bank ahli BAB terus mempromosikan pendekatan pembiayaan peribadi yang beretika dan mapan bagi memastikan kedudukan kewangan masyarakat jangka panjang yang sihat.

“Sebuah pasaran pengguna yang stabil dan seimbang akan ditubuhkan menerusi suasana di mana pelanggan mempunyai pelbagai pilihan bagi ber-bagai-bagai jenis produk kewangan dan terdapat persaingan yang mencukupi dengan urus tadbir serta rangka kerja kawalan selia yang kukuh.”

Beliau meluahkan keyakinan bahawa penggubalan yang diumumkan itu akan menyumbang kepada menjana suasana pasaran berkenaan.

Mengulas mengenai manfaat penggubalan itu kepada orang ramai, Rino berkata ia memberikan orang ramai iaitu pelanggan bank lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk memilih produk-produk yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Pada masa yang sama, ia juga memberikan akses kepada pembiayaan secara seimbang dengan mengambil kira pendapatan dari pelbagai sumber termasuk perniagaan dan sewa dalam skop perkiraan nisbah keseluruhan khidmat hutang atau Total Debt Service Ratio (TDSR) yang ditetapkan maksimum 60 peratus serta kad-kad kredit yang bercagar dengan simpanan tetap tidak akan diambil kira dalam perkiraan TDSR.

Namun begitu, orang ramai atau individu harus menilai dengan teliti dan baik akses mereka kepada pembiayaan yang ditawarkan di mana mereka harus sedar mengenai keperluan dan kemahuan mereka yang mana kemahuan itu harus mereka penuhi melalui simpanan dan tidak melalui pinjaman.

Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), baru-baru ini, mengumumkan pelonggaran syarat-syarat pembia-yaan peribadi yang tidak bercagar dan kad kredit dari bank-bank dan syarikat kewangan serta Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Berdasarkan penggubalan terbaru ke atas Notis Peraturan AMBD yang berkuat kuasa 28 Oktober 2015, bank-bank boleh menawarkan kad kredit tanpa keperluan bagi peminjam untuk memasukkan gaji atau mencagarkan simpanan tetap kepada bank yang mengeluarkan kad kre-dit tersebut.

Pindaan itu juga membenarkan peminjam untuk menstrukturkan semula (restructure atau top-up) pembiayaan mereka setelah separuh (50%) daripada tempoh pembiayaan berkenaan dilunaskan, tertakluk kepada kriteria-kriteria tertentu mengenai rekod pembayaran balik peminjam berkenaan.

Pendapatan sewa dan pendapatan daripada perniagaan sole proprietors kini dibenarkan untuk diambil kira sebagai pendapatan bulanan dalam perkiraan nisbah keseluruhan khidmat hutang atau TDSR tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, manakala itu, kad-kad kredit yang bercagar dengan simpanan tetap tidak akan diambil kira dalam perkiraan TDSR.

Sementara itu, pada 28 Mei 2015 yang lalu, AMBD juga telah mengeluarkan beberapa notis peraturan dengan tujuan untuk mengawal hutang isi rumah yang boleh menjadi sumber kelemahan kepada sosioekonomi secara keseluruhan.

Peraturan ini menggalakkan institusi-institusi kewangan untuk memberi pembiayaan yang lebih bertanggungjawab dan beretika, serta mempromosikan dan meningkatkan kebolehan pengurusan hutang dalam kalangan orang ramai bagi kepentingan kestabilan ekonomi dan kewangan di samping menjaga kepenti-ngan orang ramai sebagai pelanggan.

Antara ciri utama notis-notis ini, yang telah berkuat kuasa mulai 8 Jun 2015, ialah pengenalan TDSR maksima kepada peminjam-peminjam yang ingin mengambil kemudahan pembiayaan.

Ini akan dapat memastikan baki gaji atau pendapatan peminjam bagi keperluan perbelanjaan seharian adalah mencukupi dan seterusnya berperanan sebagai alat untuk menggalakkan peminjam menguruskan hutang mereka dengan lebih cekap.

Bagi maklumat lanjut mengenai Penggubalan dan notis-notis berkenaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang http://www.ambd.gov.bn/Lists/Announcements.

ARTIKEL YANG SAMA