Janet Jackson sahkan kehamilan pada usia 50 tahun

Janet Jackson sahkan kehamilan pada usia 50 tahun

PENYANYI terkenal Janet Jackson akhirnya tampil mengesahkan kehamilannya selepas gambar dia yang sedang berada di sebuah kedai barangan anak damit di London baru-baru ini tersebar.

Janet, 50, membuat pengakuan eksklusif kepada majalah People yang turut memaparkan gambar terbaru penyanyi itu yang sedang sarat mengandung.

“Kami berterima kasih kepada tuhan atas rahmat-Nya,” katanya.

April lalu, Janet mengumumkan penundaan konsert jelajah dunianya kerana ingin memberi fokus kepada keluarga dan suami, jutawan Wissam Al Mana.

Janet Jackson dilihat memasuki sebuah butik menjual barangan anak damit di London baru-baru ini.
Janet Jackson dilihat memasuki sebuah butik menjual barangan anak damit di London baru-baru ini.

Bagaimanapun Janet enggan mengesahkan mengenai berita kehamilannya walaupun beberapa gambar dia dirakam dan memperlihatkan peningkatan berat badan yang mendadak selain perutnya kelihatan besar.

Dalam pada itu, Janet dilaporkan bakal melahirkan anak pertamanya itu pada Januari depan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA