Janet Jackson selamat bersalin pada usia 50 tahun

Janet Jackson selamat bersalin pada usia 50 tahun

PENYANYI terkenal Janet Jackson selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Eissa Al Mana pada Selasa.

Jurucakapnya dalam satu kenyataan memberitahu Janet, 50 dan suaminya Wissam Al Mana teruja dengan kelahiran anak berkenaan dan keadaan ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

“Janet dan suami teruja dengan kelahiran Eissa Al Mana dan penyanyi itu kini berada dalam keadaan baik selepas melalui proses bersalin yang selamat,” kata kenyataan itu.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2012 dan berita mengenai kehamilan penyanyi itu tersebar pada Mei tahun lalu.

Kebahagiaan hubungan Janet Jackson dan suami, Wissam Al Mana kian bertambah dengan kehadiran anak lelaki pertama mereka.
Kebahagiaan hubungan Janet Jackson dan suami, Wissam Al Mana kian bertambah dengan kehadiran anak lelaki pertama mereka.

Sebelum itu spekulasi mengenai keadaan Janet hebat diperkatakan apabila dia menangguhkan konsert jelajahnya dan memberitahu ingin memberi fokus kepada keluarga.

“Saya dan suami sedang merancang keluarga dan atas sebab itu saya terpaksa menunda konsert jelajah ini,” katanya dalam satu video pendek.

Pada Oktober lalu, Janet secara terbuka berkongsi gambar kehamilannya menerusi majalah People dan memberitahu bersyukur dengan kurniaan tuhan kepadanya dan suami.