Jang Ha-Na juara Coates

Jang Ha-Na juara Coates

MIAMI, 7 Feb – Dua birdie di tiga lubang terakhir membolehkan pemain Korea Selatan, Jang Ha-Na menjulang gelaran LPGA pertama, sekali gus menyekat kemaraan bintang remaja, Lydia Ko dan Brooke Henderson memenangi Kejohanan Coates.

Jang yang melakukan hole-in-one pertamanya minggu lalu di Bahamas, mencipta kejayaan di Kelab Ekuestrian dan Golf (Florida) Golden Ocala di mana dia menduduki tempat kedua buat kali keempat tahun lalu.

“Ia rasa seperti penantian yang sangat panjang tetapi ia sangat memuaskan,” kata Jang.

“Perasaan saya kini rasa mengagumkan.”

Jang Ha-Na ketika membuat pukulan pada lubang kedua pada pusingan akhir Kejohanan Golf Coates. – AFP
Jang Ha-Na ketika membuat pukulan pada lubang kedua pada pusingan akhir Kejohanan Golf Coates. – AFP

Jank melakukan birdie dari jarak satu meter di lubang ke-16 untuk mendahului dengan baik dan mengeluarkan air mata di lubang ke-18 selepas melakukan birdie dari jarak dua meter untuk menjulang kejayaan.

“(Saya) rasa selesa di lapangan golf ini,” kata Jang.

“Tahun lalu memberi saya lebih keyakinan. Sangat selesa pada minggu ini.”

Jang mencatat 72 par dalam pusingan akhir untuk menamatkan saingan 72 lubang itu dengan 11 bawah 277, dua pukulan mendahului pemain Kanada, Henderson dan tiga lagi – pemain nombor satu dunia, Ko dari New Zealand dan Korea Selatan, Kim Sei-Young and Chun In-Gee. – AFP