Jangan abaikan ‘kunci syurga’

Jangan abaikan ‘kunci syurga’

Oleh Yusrin Junaidi

Oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Menegakkan sembahyang merupakan ibadat utama sekali gus wujud penghambaan seorang insan kepada Allah S.W.T. kerana tanpa sembahyang, seseorang itu seperti sudah kehilangan kunci syurga.

Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan, Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof dalam ceramah khas Majlis Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas hari ini menekankan pentingnya sembahyang kepada umat Islam.

Dalam ceramahnya bertajuk ‘Sembahyang Kunci Syurga’, beliau menjelaskan sesiapa sahaja menginginkan syurga, tidak kiralah dia seorang yang berbuat maksiat, yang adil ataupun fasik, yang tunduk pada syariah atau pun yang menentang, yang memperjuangkan atau pun yang menghalangi tegaknya syariah.

Ini kerana syurga adalah puncak harapan setiap orang, didambakan semua orang dan tidak ada yang tidak menginginkan syurga.

Untuk ke syurga, umat Islam memerlukan kunci, dan pengabdian hambanya dalam bentuk sembahyang, penuh khusyuk mengagungkan dan membesarkan Allah sahajalah layak mendapatkan kunci ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan berangkat ke majlis sambutan tersebut.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan berangkat ke majlis sambutan tersebut.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah daripada jemputan yang hadir.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah daripada jemputan yang hadir.

Maka dirikanlah sembahyang dengan betul dalam setiap rukuk dan sujud, bacaan solat, lafaz takbir, tasbih dan pengakuan tiada Tuhan selain Allah.

“Sebagaimana kita maklumi, jumlah keseluruhan rakaat sembahyang fardu ialah 17 rakaat. Persoalannya, kenapa 17 rakaat? Apa pula hikmahnya?” soal Dr. Haji Mazanan.

Ini membuktikan betapa kasih dan sayangnya Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, setiap satu jam bersamaan satu rakaat itu, hakikatnya adalah penghapus segala dosa, atas kesilapan yang dilakukan hambaNya sepanjang 17 jam itu.

Beliau menjelaskan lagi, daripada 17 rakaat itu, terdapat di dalamnya 94 kali Takbir Allah Akbar, kemudian 34 kali sujud, sembilan tasyahud, 10 kali salam dan tasbih berjumlah 153 kali.

“Ini baru sembahyang fardu, belum sembahyang Jumaat dan sembahyang sunat yang lain. Tentulah ia bertambah banyak bilangan tasbih dan takbir itu, kerana yakinlah, sembahyang itu sendiri bukan perkara biasa, tetapi luar biasa dan hebat,” ujar Dr. Haji Mazanan.

Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1437 Hijrah.
Sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1437 Hijrah.
Ceramah yang bertajuk ‘Sembahyang Kunci Syurga’ disampaikan oleh Dr. Haji Mazanan.
Ceramah yang bertajuk ‘Sembahyang Kunci Syurga’ disampaikan oleh Dr. Haji Mazanan.

pg04_160506_f

Bacaan ayat suci Al-Quran dimulakan sebelum ceramah khas Majlis Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah di Pusat Persidangan Antarabangsa.
Bacaan ayat suci Al-Quran dimulakan sebelum ceramah khas Majlis Israk dan Mikraj Peringkat Negara Tahun 1437 Hijrah di Pusat Persidangan Antarabangsa.

Sembahyang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, bukan juga kepada keluarga sahaja, bukan juga kepada masyarakat sahaja, bahkan sembahyang juga memberi manfaat dan kejayaan kepada negara. Ini kerana, pemimpin dan rakyat yang bersembahyang, pasti akan beroleh manfaat, kejayaan dan rahmat.

Manakala doa selepas sembahyang juga selalunya memohon ke hadrat Allah S.W.T. agar negara dan rakyat terhindar daripada perkara yang tidak diingini, tambahnya.

Beliau turut menyentuh mengenai keadaan negara yang berhadapan cabaran menangani masalah ekonomi, akibat kejatuhan harga minyak global yang merudum.

“Sikap dan tindakan berjimat-cermat dalam perbelanjaan adalah wajar dan sesuai dengan kehendak agama, ditambah dengan ikhtiar dan usaha beberapa inisiatif ekonomi dan kewangan yang diambil oleh kerajaan, maka dengan menadah tangan berdoa memohon kepada Allah, Insya-Allah rezeki akan melimpah-limpah dan berkat serta terhindar daripada segala bencana.

Usaha-usaha ini tidak akan sampai menjadikan negara ini ‘tapunduk’ dan gagal, kerana kita teguh yakin dengan rahmat pertolongan Allah, selama mana kita mengurus pemerintahan dengan tetap berlandaskan dasar yang dikehendaki dan diredai oleh Allah S.W.T. dan melaksanakannya menurut hukum dan selaras dengan hukum-hukum Allah, katanya.

Antara para jemputan lelaki yang hadir pada majlis penuh berkat itu.
Antara para jemputan lelaki yang hadir pada majlis penuh berkat itu.

Maka dalam konteks Negara Brunei Darussalam, tidak mengabaikan kelebihan dan kehebatan sembahyang, rakyat dan masyarakat Brunei tidak mengabaikan keistimewaan sembahyang dan Negara Brunei Darussalam tidak sekali-kali lalai dengan kelebihan, keistimewaan dan kehebatan sembahyang itu.

Jika bermula dengan baik dan sempurna di peringkat anak-anak dan kanak-kanak lagi, sebagai anak-anak dan kanak-kanak yang sembahyang, maka pasti dan yakinlah bahawa mereka akan menjadi remaja dan dewasa yang bersembahyang.

Apabila remaja dan dewasa ini sembahyang, pasti dan yakinlah bahawa mereka akan menjadi keluarga dan masyarakat yang sembahyang.

Apabila keluarga dan masyarakat ini sembahyang, pasti dan yakinlah bahawa mereka akan menjadi pemimpin masyarakat, akan menjadi penjawat awam dan akan menjadi rakyat yang sembahyang.

Seterusnya apabila pemimpin, penjawat awam dan rakyat yang sembahyang, pasti dan yakinlah bahawa negara akan menjadi negara berkat, Negara Zikir, negara selamat, negara yang di dalamnya kehidupan rakyat aman dan selamat, ekonomi selamat dan negara menjadi sebuah negara yang disebut Al-Quran Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur yang bermaksud negara yang baik, aman dan makmur dengan rezeki yang banyak – Tuhan Yang Maha Pengampun, katanya mengakhiri ceramah khas.

ARTIKEL YANG SAMA