Jangan biar pisang berbuah dua kali – Wolff

Jangan biar pisang berbuah dua kali – Wolff

MONTE CARLO, 24 Mei (dpa) – Lewis Hamilton dan Nico Rosberg tidak boleh membiarkan satu lagi pelanggaran pada perlumbaan Grand Prix Monaco Ahad ini, ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menegaskan.

“Pasukan bertanggungjawab untuk memberikan mereka kereta terbaik di luar sana dan mereka bertanggungjawab untuk menggunakan kereta itu sebaiknya dan untuk membawanya pulang,” kata Wolff.

“Apabila kami mengecewakan mereka, kami meminta maaf dan hal yang sama sebaliknya. Ia satu budaya yang normal, kami berdepan dengan rintangan bersama dan terus bergerak ke depan.”

Hamilton dan Rosberg ketika berlanggar di GP Sepanyol baru-baru ini. - AP
Hamilton dan Rosberg ketika berlanggar di GP Sepanyol baru-baru ini. – AP

Pendahulu kejohanan Rosberg dan juara bertahan Hamilton berlanggar pada lap pertama dalam perlumbaan GP Sepanyol 15 Mei lepas yang menghentikan aksi perlumbaan kedua-dua pemandu dan mengakibatkan pasukan itu pulang tanpa sebarang mata berharga.

Sekarang tiba giliran di litar terkenal Monte Carlo di mana penduduk tempatan iaitu Rosberg telah memenangi dalam tempoh dua tahun yang lalu. Wolff berkata pasukan itu mesti bangkit semula menentang pencabar kuat dari Ferrari dan Red Bull yang menang di Barcelona melalui pemandu remajanya dari Belanda Max Verstappen.