Jangan biarkan tahap menurun – Wenger

Jangan biarkan tahap menurun – Wenger

LONDON, 25 Dis (AFP) – Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger berkata pemainnya perlu mengekalkan standard yang mereka letakkan ketika menentang Manchester City jika mereka mahu mengekalkan langkah dalam perebutan gelaran Liga Perdana.

Kemenangan Isnin lalu 2-1 ke atas City yang berada di tangga ketiga membolehkan pasukan kendalian Wenger hanya ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Leicester City dan mereka boleh merampas kedudukan itu apabila mereka berkunjung ke Southampton esok.

Pengurus dari Perancis itu mendakwa persembahan menentang pasukan kendalian Manuel Pellegrini itu mengesahkan peningkatan kepercayaan dalam pasukannya selepas semusim terjejas dengan kedudukan yang tidak konsisten.

Tetapi dia sedar dengan risiko kegagalan untuk membangunkan perkembangan baru–baru ini menjelang perlawanan menentang pasukan Southampton.

Dan dia mencabar para pemainnya untuk menyamakan tahap perlawanan ketika mereka menewaskan City dan mengesahkan kedudukan mereka sebagai pasukan yang berkeupayaan bagi cabaran gelaran.

Arsene Wenger memberi amaran kepada pasukannya agar tidak memberikan persembahan yang hambar. – Reuters
Arsene Wenger memberi amaran kepada pasukannya agar tidak memberikan persembahan yang hambar. – Reuters

“Ia adalah kemenangan penting bagi kami, tetapi kami sudah memiliki peringkat keyakinan yang bagus,” kata Wenger.

“Untuk memenangi perlawanan seperti ini, anda perlu percaya anda boleh melakukannya. Pada keseluruhannya apa yang keluar daripada perlawanan ialah sikap pasukan yang kuat dan usaha pasukan yang kuat.

“Semua orang meletakkan kerja keras ke dalam perlawanan. Kami mendapatkan keputusan yang positif menentang pasukan kuat yang akan berjuang bagi kejuaraan, jadi ia adalah malam yang penting bagi kami.

“Saya percaya, perkara penting adalah untuk fokus terhadap diri kami. Kami tidak memberikan banyak spekulasi terhadap sebarang kelemahan Southampton.

“Apabila anda melihat kepada pasukan mereka, mereka berpotensi untuk menjadi pasukan yang kuat. Kami perlu meyakinkan diri kami di mana kami sekali lagi memerlukan persembahan peringkat tinggi.”

Mesut Ozil sekali lagi mempamerkan persembahan menarik ketika menentang City, memberikan dua asis untuk mengumpulkan jumlah asisnya kepada 15, sementara Olivier Giroud juga mengekalkan rentaknya sekarang dengan 12 gol dalam 14 kemunculan.

ARTIKEL YANG SAMA