Jangan campur tangan hal ehwal Kemboja – Hun Sen

Jangan campur tangan hal ehwal Kemboja – Hun Sen

PHNOM PENH, Kemboja, 29 Jun (Agensi) – Presiden parti pemerintah Kemboja, Parti Rakyat Kemboja (CPP) merangkap Perdana Menteri, Hun Sen menggesa negara-negara asing supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal negara itu berhubung usaha mendraf undang-undang mengenai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NgO), Persatuan serta Kesatuan Sekerja.

Berucap sempena ulang tahun ke-64 penubuhan CPP, Hun Sen berkata parti pimpinannya menyokong pewujudan kedua-dua undang-undang tersebut, sambil menegaskan ia akan melindungi hak, kebebasan dan kepentingan pertubuhan terbabit selain kepentingan awam.

“Parti turut menentang tindakan campur tangan daripada lingkungan asing dalam proses mendraf undang-undang tersebut, yang merupakan satu pelanggaran ke atas kemerdekaan dan kedaulatan Kemboja,” tegasnya.

Kabinet Hun Sen meluluskan draf undang-undang terbabit pada awal bulan ini dan masih menunggu kelulusan daripada Parlimen, sementara draf mengenai Kesatuan Sekerja sedang masih lagi dilaksanakan Kementerian Buruh. Gesaan itu dibuat selepas sebahagian diplomat asing, termasuk dari Amerika Syarikat, dan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengkritik draf undang-undang berkenaan sambil melahirkan keprihatinan ia akan melaksanakan sekatan ke atas kebebasan pertubuhan terbabit.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. – Reuters
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA