Jangan cemas latihan tembak

Jangan cemas latihan tembak

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa latihan menembak menggunakan peluru hidup akan dilaksanakan pada 10 dan 13 Ogos 2016 ini di Kawasan Padang Tembak, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jalan Aman bermula dari pukul 8 pagi hingga 12:30 tengah hari.

Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei mengingatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak berasa cemas, yang mana latihan itu akan menggunakan bahan letupan peluru hidup dan bunyi tembakan yang kuat pada waktu itu.

ARTIKEL YANG SAMA