Jangan letak banyak harapan pada Pogba – Mourinho

Jangan letak banyak harapan pada Pogba – Mourinho

MANCHESTER, 19 Ogos – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho memberi amaran kepada penyokong Red Devils untuk tidak terlalu banyak mengharapkan Paul Pogba, yang dianggapnya tidak berupaya mencetak 20 gol semusim.

Pogba, 23, akan membuat penampilan sulung kedua untuk United dalam pertemuan menentang Southampton, awal pagi esok, selepas kembali ke kelab itu dengan rekod perpindahan dunia STG89 juta dari Juventus.Pogba tanpa berahsia turut mengakui dia menyimpan keinginan untuk merampas anugerah Ballon d’Or daripada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, tetapi Mourinho percaya ia menjadi sukar buatnya kerana beraksi di posisi tengah.

“Saya tidak terlalu berharap, sebaik dia pertama kali menyentuh bola terus menggelecek lima pemain lawan dan menjaringkan gol menarik,” kata Mourinho apabila ditanya mengenai impak yang bakal dibawa Pogba.

“Saya hanya berharap, untuk dia menerima bola, melakukan hantaran yang tepat, membuat pilihan yang baik, bermain mudah dan memastikan permainan pasukan berjalan lancar.

“Jadi ia mungkin bukan ‘impak’, mungkin lebih kepada peningkatan pasukan, kerana dia adalah pemain bola sepak yang hebat.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA