Jangan masuki kawasan tangki air

Jangan masuki kawasan tangki air

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada orang ramai mengenai larangan memasuki kawasan-kawasan tangki air atau mana-mana kemudahan-kemudahan Jabatan Perkhidmatan Air yang mempunyai tanda amaran tanpa sebarang kebenaran daripada pihak jabatan.

Peringatan itu dibuat dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berikutan gambar yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan beberapa orang menaiki tangki air di Kampung Sungai Asam, Lumapas.

JKR dalam kenyataannya berkata, memasuki tempat-tempat berkenaan setentunya akan mendatangkan risiko bahaya, terutamanya tempat-tempat terpencil, di mana bantuan kecemasan akan mengambil masa untuk pergi ke tempat berkenaan.

Gambar orang ramai memasuki kawasan tangki air yang menjadi viral dalam media sosial.
Gambar orang ramai memasuki kawasan tangki air yang menjadi viral dalam media sosial.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak memasuki tempat-tempat berkenaan tanpa sebarang kebenaran daripada pihak jabatan.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn

ARTIKEL YANG SAMA