Jangan memili...

Jangan memilih berdasarkan industri kegemaran

LONDON, 13 Feb – Sebuah lobi perniagaan utama memberi amaran kepada kerajaan Britain hari ini supaya tidak memilih berdasarkan kegemaran dalam kalangan industri-industri apabila ia merundingkan pengunduran negara dari Kesatuan Eropah, dengan berkata tidak mengendahkan mana-mana sektor akan menjejaskan keseluruhan ekonomi.

Gabungan Industri-Industri Britain dan firma undang-undang antarabangsa Clifford Chance juga berkata dalam laporan baru bahawa adalah penting bagi kerajaan dan EU untuk mempunyai beberapa jenis persetujuan pada akhir tempoh rundingan dua tahun untuk mengelak ‘gangguan ketara ke atas komersial dan ekonomi.”

Laporan itu memperlihatkan kegelisahan meningkat dikalangan beberapa perniagaan bahawa kerajaan tidak cukup terbuka tentang matlamatnya bagi Brexit dan kebimbangan mereka tenggelam oleh keperluan bank-bank dan pengurus dana.

The Times of London minggu lalu melaporkan bahawa laporan yang telah dibocorkan menunjukkan kerajaan telah membahagikan perindustrian Britain kepada keutamaan tinggi, sederhana dan rendah dalam rundingan Brexit – dengan memberikan beberapa keutamaan sektor dengan menjejaskan sektor-sektor lain.

“Untuk berjaya, hubungan baru UK dengan EU mesti memenuhi keperluan ekonomi kita seluruhnya yang meliputi perniagaan dalam setiap sektor, saiz dan lokasi – kerana kesan meninggalkan mana-mana bahagian boleh memberikan kesan mematikan bagi yang lain,” Josh Hardie, timbalan ketua pengarah lobi perniagaan berkata dalam laporan.

Gabungan Industri-industri Britain mengatakan ia mewakili kira-kira 190,000 perniagaan yang mempunyai 7 juta orang pekerja atau sepertiga tenaga kerja sektor swasta Britain.

Laporan itu dibuat ketika parlimen mendebatkan perundangan yang akan memberikan Perdana Menteri Theresa May kuasa untuk memulakan rundingan dua tahun tentang hubungan masa depan Britain dengan gabungan perdagangan yang mengandungi 500 juta orang. – AP

ARTIKEL YANG SAMA