Jangan mudah terpengaruh iklan ubat-ubatan

Jangan mudah terpengaruh iklan ubat-ubatan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Penyakit-penyakit tidak berjangkit boleh dicegah serta dikawal dan oleh itu, adalah amat mustahak bagi setiap individu sedar dan komited untuk merubah pemikiran serta sikap mereka supaya sentiasa mengamalkan dan membuda-yakan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof ketika menyatakan demikian, turut menyarankan orang ramai khususnya peng-hidap penyakit-penyakit yang tidak berjangkit agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang menjanjikan bo-leh menyembuhkan penyakit sehingga mengabaikan pengam-bilan ubat-ubatan yang telah diberikan oleh doktor.

Perbuatan itu boleh mendatangkan risiko dan komplikasi, katanya semasa berucap di Pelancaran Program Perkesankan Pemeriksaan Kesi-hatan (3PK) yang berlang-sung di Dewan Al-Afiah, Kemen-terian Kesihatan, hari ini.

“Saya juga ingin mengingatkan, dalam keadaan di mana pesakit telah dikesan menghidap penyakit tidak berjangkit, mereka hendaklah sentiasa mematuhi nasihat dan arahan profesional kesihatan di samping mengamalkan cara hidup yang sihat secara berterusan.

“Yang sangat mustahak untuk diikuti ialah supaya memakan ubat secara teratur mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor,” katanya.

Pameran yang diadakan semasa Jerayawara 3PK.
Pameran yang diadakan semasa Jerayawara 3PK.

Menurut beliau, penyebab utama kematian di Negara Brunei Darussalam ialah akibat daripada penyakit-penyakit tidak berjangkit dan hasil dapa-tan kajian kementeriannya pada 2014, menunjukkan trend penyakit-penyakit berkenaan yang terus meningkat dan menular di mana jumlah mereka yang meninggal dunia akibat penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit ialah seramai 833 orang iaitu 56.7 peratus kematian daripada jumlah kese-luruhan kematian seramai 1,470 orang.

“Ini termasuklah juga penyakit buah pinggang yang merupakan komplikasi akibat penyakit-penyakit tidak ber-jangkit tersebut yang tidak terkawal dengan sebaik-baik-nya. Sehingga Disember tahun 2014, seramai 698 orang telah menjalani rawatan dialisis di negara ini.”

Yang Berhormat Pehin berkata, hasil kajian yang dilak-sanakan termasuk dapatan dari-pada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, terbukti bahawa faktor risiko yang menyebabkan penyakit-penyakit tidak ber-jangkit termasuk penyakit buah pinggang ialah obesiti, pema-kanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, kurang kegiatan fizikal, tekanan darah tinggi, paras gula yang tinggi serta merokok.

Yang Berhormat Pehin menyeru semua pihak supaya bersama-sama bertanggung-jawab, komited dan bertindak segera kerana jika tidak, risiko dan akibat penyakit kronik dan tidak berjangkit itu akan terus menular dan menjadi bebanan bukan sahaja lebih dirasai oleh pesakit itu sendiri malahan juga kepada keluarga serta mengakibatkan peningkatan kos penjagaan dan rawatan kesihatan.

“Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Kementerian Kesihatan telah membelanjakan lebih $30.6 juta bagi membiayai perbelanjaan ubat-ubatan sa-haja bagi rawatan penyakit-penyakit tidak berjangkit pada tahun kewangan 2014/2015.

“Manakala kos rawatan dialisis bagi pesakit-pesakit buah ping-gang pada setiap tahun misalnya pada tahun 2014 saja dianggarkan berjumlah $15.1 juta.

Di samping itu, kita bayangkan kepada pesakit-pesakit yang diserang penyakit strok atau berkeadaan koma, ada sebilangan penghidap penyakit diabetes terpaksa dipotong sebahagian daripada anggota kaki.”

“Manakala mereka yang menghidap penyakit buah pinggang terpaksa menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu selama empat jam pada setiap rawatan dialisis,” ujar beliau.

ARTIKEL YANG SAMA