Jangan pandang rendah Sunderland

Jangan pandang rendah Sunderland

SUNDERLAND, 30 Dis – Juergen Klopp tegas mengatakan Liverpool tidak akan memandang rendah kemampuan Sunderland walaupun mereka muncul pasukan yang berjaya melebur rekod tanpa kalah Leicester.

Skuad kendalian Klopp menjadi kelab pertama berjaya menghalang Leicester daripada menjaringkan gol dalam aksi liga musim ini apabila menundukkan anak buah Claudio Ranieri 1-0 di Anfield, Sabtu lalu – kekalahan pertama pasukan itu sejak September.

Kemenangan itu juga yang pertama buat Liverpool dalam lima perlawanan dan mereka akan bertandang ke Sunderland esok.

Klopp berkata, pasukannya tidak boleh merasa terlalu selesa walaupun Sunderland menduduki kelompok bawah liga dan dibelasah 1-4 oleh Manchester City pada perlawanan terakhir mereka.

“Saya tidak mempertikaikan kualiti dimiliki, begitu juga dengan karakter masing-masing. Apa yang kami perlukan adalah kestabilan prestasi,” kata Klopp.

“Kami perlu pergi ke Sunderland dan menumpukan perhatian sejak wisel permulaan, sama seperti ketika kami menentang Leicester. – AFP

Jurgen Klopp tidak akan memandang rendah setiap pasukan yang akan ditentangnya. – Reuters
Jurgen Klopp tidak akan memandang rendah setiap pasukan yang akan ditentangnya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA