Jangan sebar maklumat tidak sahih

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam selaku Urus Setia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei (LPPUB) memaklumkan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Darjah VI (SSSRU) tahun 1437H / 2016M melalui pesanan ringkas (SMS) belum lagi dikeluarkan.

Pemakluman ini dibuat berikutan tersebarnya teks pesanan ringkas melalui media sosial mengenainya.

KHEU dalam kenyataannya menekankan bahawa sebarang maklumat berkaitan dengan pendaftaran keputusan tersebut akan diumumkan melalui saluran media-media rasmi.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengelirukan orang ramai.