Jangan tangguh pengundian presiden FIFA – Putra Ali

Jangan tangguh pengundian presiden FIFA – Putra Ali

LONDON, 14 Okt – Calon presiden FIFA Putera Ali bin Al Hussein dari Jordan memberi amaran bahawa menangguhkan pemilihan pada 26 Februari akan lebih memburukkan lagi krisis yang melanda badan bola sepak dunia itu.

“Melambat-lambatkan jadual pemilihan hanya akan menangguhkan lagi perubahan yang diperlukan serta mewujudkan lebih banyak ketidakstabilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Ia akan memberitahu dunia bahawa kejadian itu tidak dijadikan pengajaran, manakala segala isu yang menjejaskan nama baik FIFA masih berterusan.”

Sementara itu laporan dari Zurich pula berkata FIFA turut mengenakan penggantungan selama enam tahun ke atas seorang pegawai bola sepak Afrika Selatan sebagai sebahagian siasatan ke atas dakwaan penetapan perlawanan membabitkan perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia 2010.

Lindile Kika, yang merupakan ketua pasukan kebangsaan Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan ketika itu, dikenakan pengharaman daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Hakim FIFA Hans-Joachim Eckert mendapati Kika bersalah melanggar lima seksyen kod etika. – Reuters/Agensi

Gambar fail menunjukkan Putera Ali (kiri) ketika menyertai satu majlis bersama-sama presiden FIFA Sepp Blatter yang dikenakan pengharaman selama 90 hari oleh FIFA. – Reuters
Gambar fail menunjukkan Putera Ali (kiri) ketika menyertai satu majlis bersama-sama presiden FIFA Sepp Blatter yang dikenakan pengharaman selama 90 hari oleh FIFA. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA