Jangka masa ketiadaan Kane belum diketahui

Jangka masa ketiadaan Kane belum diketahui

LONDON, 21 Sept – Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino mengesahkan kelmarin bahawa penyerang mereka Harry Kane telah mengalami kecederaan pada ligamen buku lalinya, namun tidak mengatakan berapa lama dia dijangka direhatkan.

“Dia mengalami masalah ligamen buku lali dan kami perlu untuk menilai dan melihat setiap hari,” Pochettino memberitahu satu sidang media di padang latihan Tottenham.

“Hari ini ia mustahil untuk memberikan jangka masa pemulihannya. Saya bukan seorang doktor. Saya hanya boleh menerangkan apa yang doktor katakan kepada saya.”

Kane, 23, perlu diusung ke luar dari padang dengan pengusung selepas buku lalinya terseliuh pada kemenangan 1-0 Tottenham ke atas Sunderland pada Ahad. Dia sebelum menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan itu.

Dia begitu berfalsafah mengenai kecederaannya. “Kecederaan tidak pernah seronok namun ia sebahagian daripada kehidupan – bekerja keras untuk kembali cergas secepat mungkin!,” menurut tweet penyerang itu.

Penyerang England itu telah menjadi penjaring terbanyak Spurs dalam setiap musim sejak dua musim lepas, menjaringkan 21 gol liga pada kempen 2014-15 dan 25 gol pada musim lepas, memberikannya anugerah But Emas.

“Dia berada dalam emosi yang baik,” tambah Pochettino. “Kami berbual sebelum ini di restoran. Dia berada dalam keadaan baik. “Terdapat khabar angin berbeza. Kami tidak boleh meneka sama ada ia lapan minggu, 10, empat, satu. Ia mustahil untuk dinilai hari ini dan mengetahui berapa lama.” – AFP