Jangkaan besar untuk Real Madrid

Jangkaan besar untuk Real Madrid

MADRID, 15 Jan (AFP) – Selepas kejayaan 5-0 ke atas Deportivo la Coruna dalam kemunculan pertama pengurusannya hujung minggu lalu, lebih banyak yang sama dijangka dari Real Madrid Zinedine Zidane di laman sendiri menentang Sporting Gijon Ahad ini.

Kelab itu semalam digegarkan dengan penggantungan pengambilan pemain baru selama setahun oleh FIFA kerana dakwaan pembelian pemain muda yang tidak teratur.

Kebimbangan segera juara Eropah 10 kali itu adalah mengejar Atletico Madrid dan Barcelona di tangga teratas La Liga dan nasib yang baik bagi Zidane ialah dia sudah memiliki skuad yang berbakat.

Gareth Bale menjaringkan hatrik keduanya dalam empat perlawanan dan Karim Benzema mengumpulkan jumlah jaringannya bagi musim ini kepada 18 gol dalam semua perlawanan ketika Zidane memulakan impiannya menentang Deportivo hanya beberapa hari selepas menggantikan Rafael Benitez yang dipecat.

Jangkaan besar untuk Zidane apabila pasukannya, Real Madrid menentang Sporting Gijon Ahad ini. – AFP
Jangkaan besar untuk Zidane apabila pasukannya, Real Madrid menentang Sporting Gijon Ahad ini. – AFP

“Perubahan jurulatih menyesuaikan kami dengan baik. Saya berharap 2016 akan menjadi tahun hebat bagi Real Madrid,” kata kapten pasukan, Sergio Ramos ketika dia dan tiga lagi pemain Madrid yang lain dinamakan di dalam pasukan terbaik FIFPro pada pertengahan minggu, menunjukkan kualiti yang masih ada dalam skuad itu biarpun tahun yang mengecewakan.

Zidane memiliki beberapa pemain untuk dipilih dan Madrid akan membalas dendam selepas dikejutkan dengan seri 0-0 kepada Sporting dalam perlawanan pertama mereka pada pembukaan musim ini.

Barcelona mendahului Real dengan dua mata dan memiliki satu baki perlawanan berbanding pesaing kekal mereka, tetapi tugasan sukar hujung minggu ini adalah mereka menghoskan Athletic Bilbao yang berkunjung ke Camp Nou. Pasukan Basques itu menafikan Barca kejayaan bersih pada 2015 dalam kunjungan terakhir mereka di Camp Nou dengan kemenangan 5-1 dalam Piala Super Sepanyol Ogos lalu.

Lionel Messi akan mempamerkan anugerah Ballon d’Or kelimanya di depan penonton tuan rumah sebelum sepak mula.

Pemain dari Argentina itu tidak diberikan rehat ketika Barca mara ke suku akhir Copa del Rey Rabu lalu dengan kemenangan 2-0 ke atas Espanyol dalam tiga persaingan Catalan dalam tempoh 12 hari.

ARTIKEL YANG SAMA