Jangkaan Woods salah

Jangkaan Woods salah

GAINESVILLE, AS, 29 Julai (AFP) – Tiger Woods yang kecewa tidak pernah terbayang akan mengambil masa begitu lama untuk mendapatkan semula kecergasan dan perubahan ayunan selepas menjalani pembedahan belakang tetapi dia tetap dengan rancangan kepulangannya.

“Adalah satu kekecewaan tidak memenangi perlawanan golf? Ya. Tetapi saya hampir tahu bagaimana rasanya. Saya hanya perlukan beberapa pukulan sini dan sana untuk mengubah keadaan,” kata Woods semalam.

Woods menjadi tuan rumah US PGA National minggu ini pada par-71 Kelab Golf Robert Trent Jones, bentangan 7,385 ela yang kali terakhir digunakan oleh bintang-bintang terkemuka bagi Piala Presiden 2005.

Woods, jaguh utama 14 kali yang gelaran utamanya ialah Terbuka AS 2008, telah jatuh kepada kedudukan tangga 266 dalam ranking dunia ketika dia berusaha membina semula permainannya.

Dia belum lagi memenangi gelaran sejak pemain nombor satu dunia di Firestone pada 2013, kemarau dua tahun dengan kecederaan belakang dan bergelut dengan perubahan pukulan yang mengecewakannya.

Tiger Woods jatuh ke tangga 266 dalam ranking dunia. - Reuters
Tiger Woods jatuh ke tangga 266 dalam ranking dunia. – Reuters

“Saya kira ia tidak akan mengambil masa lama, tetapi saya menyangka saya akan ada permainan ringkas yang saya tidak sertai awal tahun ini,” kata Woods. “Keadaan mula bersatu. Saya tetap dengan proses dan cuba membuat kemajuan setiap hari. Adakah seronok mengharunginya? Tidak, ia sukar. Pusingan yang sepatutnya 70-an berubah menjadi 74, kalau tidak teruk lagi.”

Woods, 39, terlepas tiga dalam lapan permulaannya tahun ini termasuk Terbuka AS dan Britain, dengan keputusan terbaiknya perkongsian tempat ke-17 di Masters.

Dia mencatatkan 82 pukulan di Phoenix dan 85 di Memorial, pusingan awalnya yang paling teruk dan berkongsi tempat ke-32 di Greenbrier dan berakhir dengan kedudukan ke-147 daripada 156 pada 36 lubang pertama Terbuka Britain di St Andrews, di mana dia pernah menjulang Claret Jug sebanyak dua kali.

Woods berehat di Bahamas tanpa menyentuh kayu golf. Dia melakukan mensnorkel dan menangkap ikan bersama anak-anaknya, manakala Jordan Spieth hampir menyaksikan Zach Johnson menjejaskan usahanya menjulang gelaran utama ketiga tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA