Januzaj yakin kembali menyerlah

Januzaj yakin kembali menyerlah

LONDON, 19 Ogos – Pemain sayap Manchester United, Adnan Januzaj yakin dia boleh mengulangi persembahan pada musim sulungnya 2013-14 dan tampil lebih kerap bersama kelab itu.

Pemain berusia 20 tahun itu menyumbat empat gol dalam 27 penampilan Liga Perdana dalam tempoh itu namun berdepan kesukaran musim lalu selepas gagal menjaringkan sebarang gol.

Januzaj menyaksikan rembatannya terkena palang sebelum masuk Jumaat lalu ketika dia menjaringkan gol kemenangan 1-0 kelabnya ke atas Aston Villa, memberikannya keyakinan diperlukan.

“Saya tidak beraksi dalam tempoh lama, jadi saya gembira meledak gol pertama saya musim ini (menentang Villa),” kata Januzaj. “Saya gembira bermain dan memberikan segala-galanya kepada pengurus dan kelab.”

Pemain Belgium itu, bintangnya semakin pudar di Old Trafford sejak mencuri tumpuan sebagai seorang daripada permata muda, dikaitkan dalam media dengan perpindahan secara pinjaman ke Sunderland namun dia berasa hampir kembali ke tahap terbaik sekali lagi.

Januzaj (kiri) ketika menentang Club Brugge semalam. – AFP
Januzaj (kiri) ketika menentang Club Brugge semalam. – AFP

“Ia boleh berlaku, tapi tahun ini satu tahun baru jadi saya sedia untuk kembali ke tahap terbaik dan melakukan apa saja yang terbaik,” katanya.

“Sudah tentu (saya meningkat); pengurus bercakap dengan saya beberapa kali dan saya berasa tidak berada pada tahap sebenar tapi saya tidak bermain banyak perlawanan, jadi harapnya tahun ini saya boleh bermain lebih kerap.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA