JAPEM memeduli lima keluarga di Temburong

JAPEM memeduli lima keluarga di Temburong

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 1 Julai – Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) melalui Projek Memeduli Warga Emas hari ini mengadakan aktiviti sumbangan amal sempena Ramadan dengan membabitkan lima buah keluarga di daerah ini yang berlangsung di rumah para penerima.

Rombongan tersebut diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Anuar Hamzah bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Kediaman pertama yang dikunjungi rombongan tersebut ialah rumah Awang Budin bin Untong di Kampung Piasau Piasau yang menyaksikan Haji Anuar Hamzah menyerahkan sumbangan berupa catuan makanan asasi dan ‘hamper’ Hari Raya bagi membantu penerima dalam persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumbangan yang sama juga dihulurkan kepada empat lagi penerima iaitu Awang Wira bin Tasim, Awang Bokhari bin Haji Nassar, Awang Muhammad Adam bin Abdul Rahman Ampaling @ Rhu anak Ampaling dan Haji Sulaiman bin Haji Arsad.

Turut menyertai rombongan berkenaan ialah pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan di bawah KKBS serta para pegawai kanan kementerian berkenaan.

Haji Anuar Hamzah menyerahkan sumbangan berupa catuan makanan asasi dan ‘hamper’ Hari Raya kepada Awang Haji Sulaiman sempena Program Sumbangan Amal JAPEM ke Daerah Temburong.
Haji Anuar Hamzah menyerahkan sumbangan berupa catuan makanan asasi dan ‘hamper’ Hari Raya kepada Awang Haji Sulaiman sempena Program Sumbangan Amal JAPEM ke Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA