JAPEM terima sumbangan kerusi roda

JAPEM terima sumbangan kerusi roda

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) hari ini telah menerima sumbangan tiga buah kerusi roda daripada Syarikat Hua Ho Department Store dan Heroes Event Management.

Majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Dewan Imtiyaz Pusat Bahagia Daerah Brunei dan Muara, Jalan Kebangsaan telah diterima oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Hajah Noridah binti Abdul Hamid.

Sumbangan disampaikan oleh Pengasas Heroes Event Management, Aaron Goh sebagai wakil kedua-dua syarikat berkenaan.

Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah ketua-ketua bahagian dan pegawai-pegawai JAPEM.

Aaron Goh (tiga, kanan) dan Hajah Noridah (empat, kiri) bergambar ramai selepas majlis penyerahan sumbangan.
Aaron Goh (tiga, kanan) dan Hajah Noridah (empat, kiri) bergambar ramai selepas majlis penyerahan sumbangan.

Menurut kenyataan JAPEM, sumbangan seperti itu amat dihargai dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, ia dapat menggalakkan penglibatan sukarelawan dan keinginan menyumbang lebih banyak daripada orang ramai mahupun persatuan-persatuan atau syarikat ke atas golongan orang berkeperluan khas.

ARTIKEL YANG SAMA