JAPEM tidak ketinggalan semarakkan Ramadan

JAPEM tidak ketinggalan semarakkan Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia dengan pelbagai aktiviti keagamaan, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), hari ini, tidak ketinggalan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi meraih keberkatan daripada Allah S.W.T.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Rumah Kebajikan, Kampung Belimbing, Jalan Subok itu disertai oleh 70 orang pegawai dan kakitangan serta 15 orang residen dan penghuni kompleks berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman, Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Hajah Noridah binti Abdul Hamid, para pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Masyarakat.

Di majlis itu, bacaan doa khatam dan doa Allah Peliharakan Sultan dipimpin Guru Agama Kompleks Rumah Kebajikan, Haji Nordin bin Haji Duraman.

Datin Paduka Hajah Adina turut menyertai Majlis Khatam Al-Quran bagi Kompleks Rumah Kebajikan, Kampung Belimbing.
Datin Paduka Hajah Adina turut menyertai Majlis Khatam Al-Quran bagi Kompleks Rumah Kebajikan, Kampung Belimbing.

ARTIKEL YANG SAMA