Jari kelingking hampir putus dihiris benang kikik

Jari kelingking hampir putus dihiris benang kikik

Oleh Faridah Haji Ibrahim

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 April – Musim panas dan angin yang kuat merupakan waktu yang paling dinanti-nantikan oleh peminat kikik (layang-layang). Walaupun ia menjadi permainan yang amat digemari ramai terutama golongan kanak-kanak, namun ia menjadi ancaman kepada pengguna jalan raya.

Disebabkan benang kikik yang tajam dan tersangkut di jalan raya, ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa dan mengalami kecederaan serius sehingga ada yang cedera terutama di bahagian leher, muka dan tangan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan.

Dalam satu kejadian kelmarin, seorang lelaki warga tempatan menerima enam jahitan selepas jari kelingkingnya hampir terputus akibat dihiris benang kikik ketika memandu di Kampung Katok B.

Pemuda berkenaan yang memandu dengan tangannya terkeluar dari cermin, dihiris oleh benang kikik yang juga tersangkut pada wiper, cermin pandang sisi dan juga bampar kenderaannya.

Mangsa hirisan benang layang-layang menerima rawatan di Hospital RIPAS.
Mangsa hirisan benang layang-layang menerima rawatan di Hospital RIPAS.

Lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk mendapatkan rawatan akibat luka dan pendarahan yang banyak.

ARTIKEL YANG SAMA