Jaringan Batshuayi selamatkan maruah Marseille

Jaringan Batshuayi selamatkan maruah Marseille

PARIS, 2 Mei (Agensi) – Juara sembilan kali Ligue 1, Olympique Marseille mengekalkan kedudukannya dalam saingan teratas liga Perancis apabila menewaskan Angers 1-0, awal pagi tadi.

Michy Batshuayi menjaringkan gol ke-16 musim ini selepas 24 minit di Stade Jean Bouin sekali gus memberikan Marseille kemenangan pertama mereka sejak awal bulan Februari.

Marseille, satu-satunya pasukan Perancis yang memenangi Liga Juara-Juara apabila menjulang trofi itu pada 1993, sebelum ini tidak memenangi 11 perlawanan liga terjatuh di kedudukan ke-16 liga dengan berbaki tiga perlawanan.

“Ia melegakan, ia adalah perkara yang minimum kami boleh lakukan bagi kelab dan penyokong,” kata pemain tengah, Lassana Diarra.

“Kelab ini berhak yang lebih bagus pada musim ini.” Jaringan Michy Batshuayi pada minit ke-24 sudah mencukupi untuk menewaskan Angers, sekali gus melonjak Marseille ke kedudukan ke-13, lapan mata berbanding pasukan tempat ke-19, Stade de Reims.

Aksi Batshuayi selepas menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Batshuayi menjaringkan gol ke-16 musim ini sekali gus memberikan Marseille kemenangan pertama sejak awal bulan Februari. – AFP
Aksi Batshuayi selepas menjaringkan gol pada perlawanan tersebut. Batshuayi menjaringkan gol ke-16 musim ini sekali gus memberikan Marseille kemenangan pertama sejak awal bulan Februari. – AFP

Marseille kekal dalam perebutan gelaran sebelum kejatuhan pada hujung musim lalu, mengakhiri kempen di kedudukan keempat dan terlepas tiket ke kelayakan Liga Juara-Juara dengan dua mata.

Jurulatih, Marcelo Bielsa mengundur diri selepas kekalahan pada hari pembukaan kepada Caen pada musim ini dan tempatnya yang digantikan dengan Michel hanya bertahan sehingga April apabila dia digantung susulan persembahan buruk.

Penolong jurulatih dan bekas pemain, Franck Passi mengambil alih pasukan hingga berakhirnya musim dan membawa Marseille ke final Piala Perancis yang bakal menyaksikan mereka menentang Paris St Germain pada 21 Mei ini.

“Ia adalah sangat sukar dan musim yang sangat panjang,” kata kapten, Steve Mandanda.

“Sekurang-kurangnya kini kami boleh bermula untuk lebih bersedia bagi ke final.”

ARTIKEL YANG SAMA