Jaringan Gnabry selamatkan Jerman

Jaringan Gnabry selamatkan Jerman

RIO DE JANEIRO, 8 Ogos – Juara dunia Jerman, terselamat daripada tersingkir awal dari Olimpik menerusi sepakan percuma pemain sayap Arsenal, Serge Gnabry untuk memberi pasukannya seri 3-3 berdepan Korea Selatan di Salvador.

Gnabry kini sudah memiliki tiga gol dalam kejohanan itu selepas dia ju-ga menyamakan kedudukan selepas jaringan pembukaan babak pertama Hwang Hee-Chan.

Davie Selkie memberikan Jerman kelebihan sebelum pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-Min menyamakan kedudukan dan Suk Hyun-Jun tampak akan memberikan kemenangan buat Korea seterusnya memberikan tempat ke kedudukan lapan terakhir.

pg23_160809_olympic logo

Aksi Hwang Heechan (bawah), bersama Serge Gnabry (dua kiri) dan Lukas Klostermann semasa perlawanan kumpulan C, kejohanan bola sepak Olimpik lelaki antara Jerman dan Korea Selatan di Nova Arena Fonte di Salvador, Brazil, Ahad lalu. – AP
Aksi Hwang Heechan (bawah), bersama Serge Gnabry (dua kiri) dan Lukas Klostermann semasa perlawanan kumpulan C, kejohanan bola sepak Olimpik lelaki antara Jerman dan Korea Selatan di Nova Arena Fonte di Salvador, Brazil, Ahad lalu. – AP

Bagaimanapun sepakan percuma Gnabry terkena pertahanan dan melepasi Kim Dong-Jun dua minit dalam masa tambahan seterusnya memberikan harapan buat Jerman. Jerman berkedudukan ketiga dalam Kumpulan C, dua mata di belakang Mexico dan Korea Selatan.

Mereka kini berdepan prospek terpaksa menewaskan Fiji sekurang-kurangnya empat gol dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk mara jika perlawanan terakhir antara Korea Selatan dan Mexico berakhir dengan seri.

Sebelum itu, juara 2012 Mexico memerlukan kebangkitan pada babak kedua untuk mengelak kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak Olimpik apabila menewaskan Fiji 5-1. – AFP