Jaringan lewat Lallana selamatkan England

Jaringan lewat Lallana selamatkan England

TRNAVA, Slovakia, 5 Sept – Adam Lallana menjaringkan gol lewat permainan bagi membantu England menewaskan Slovakia 1-0 yang beraksi dengan 10 pemain dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018, awal pagi tadi. Kemenangan itu adalah yang pertama buat Sam Allardyce sejak mengambil alih tugas pengendali daripada Roy Hodgson.

Walaupun Slovakia kehilangan khidmat Martin Skrtel yang dibuang padang pada minit ke-57, Allardyce hampir menjadi pengurus England pertama sejak Bobby Robson pada 1982 yang tidak memenangi perlawanan pertama selepas mengambil alih tugas membimbing pasukan.

Bagaimanapun, pada minit kelima masa tambahan, pemain tengah Liverpool, Lallana melakukan percubaan untuk menewaskan penjaga gol Slovakia, Matus Kozacik bagi memberi tiga mata buat England dalam aksi Kumpulan E di Trnava itu.

Adam Lallana ketika berebut bola dengan pemain Slovakia, Martin Skrtel. – AFP
Adam Lallana ketika berebut bola dengan pemain Slovakia, Martin Skrtel. – AFP

“Ia sedikit tegang ketika perlawanan menghampiri penghujung kerana berdepan lawan yang bermain dengan 10 pemain ia bermakna kami perlu menang perlawanan ini.

“Namun, akhirnya kami berjaya meraih apa yang kami mahukan menerusi kemenangan ini. Kami mendominasi perlawanan dan meraih kemenangan yang penting,” kata Allardyce.

Allardyce atau dikenali sebagai ‘Big Sam’ menggantikan Hodgson selepas England tersingkir pada kempen Euro 2016, Jun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA