Jaringan lewat Saudi nafi kemenangan penting Socceroos

Jaringan lewat Saudi nafi kemenangan penting Socceroos

JEDDAH, Arab Saudi, 7 Okt – Nassir Al Shamrani dari Arab Saudi menjaringkan gol lewat untuk menafikan kemenangan penting pasukan Australia dalam persaingan kelayakan Piala Dunia 2018 di antara dua pasukan teratas Kumpulan Adalam zon Asia.

Perlawanan menarik yang berkesudahan seri 2-2 itu menyaksikan kedua-dua pasukan mengekalkan permulaan tanpa kalah selepas tiga perlawanan dalam pusingan kelayakan terakhir bagi Rusia.

Shamrani menjaringkan gol pada minit ke-79, menyudahkan rembatan dari jarak dekat hanya lapan minit selepas Tomi Juric menyudahkan pergerakan menarik untuk meletakkan pasukan Socceroos menghampiri kemenangan.

Dia beraksi dalam perlawanan pertamanya bagi Arab Saudi selama 18 bulan.

Faktanya dia adalah pemain yang menjaringkan gol penyamaan yang mengganggu Australia ketika Shamrani menjadi tumpuan dalam konfrontasi antara kelabnya Al Hilal ke atas Western Sydfney Wanderers ketika persaingan akhir Liga Juara-Juara AFC pada 2014.

Pasukan tuan rumah, bersemangat dengan sokongan penyokong lebih dari 51,000 yang hampir mencatatkan kemenangan pada minit akhir tetapi dinafikan oleh penyelamat terbaik penjaga gol Australia, Matthew Ryan.

Australia juga berpeluang untuk mengutip tiga mata penuh tetapi peluang itu disia-siakan oleh Matthew Spiranovic. Perlawanan itu menarik pada awalnya apabila pergerakan cantik Arab Saudi menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului pada minit kelima.

Taisie Qal Jassim menyumbat gol dari jarak 10 ela selepas Yehya Al Shehri merobek benteng Australia untuk menyelamatkan kelebihan lebih awal bagi Arab Saudi.

Australia mengetepikan permulaan hambar, yang memaksa mereka kembali dalam perlawanan tetapi memerlukan masa sehingga minit ke-45 untuk menyamakan kedudukan. Jaringan penyamaan hadir menerusi sepakan sudut apabila Trent Siansbury menjaringkan gol.

Keputusan itu meletakkan pasukan Ange Postecoglou mengungguli kumpulan berkongsi tujuh mata dengan Arab Saudi tetapi menyerlah dengan perbezaan jaringan. – AFP