Jaringan Martens benam New Zealand

Jaringan Martens benam New Zealand

EDMONTON, Kanada, 7 Jun (AFP) – Lieke Martens menjaringkan gol pertama Belanda dalam Piala Dunia wanita dengan kemenangan 1-0 ke atas New Zealand (NZ) pada hari pembukaan perlawanan 2015 di Kanada semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu yang beraksi bagi kelab bola sepak di Sweden, menjaringkan gol ke-21 dalam kerjaya antarabangsanya menerusi sepakan kencang minit ke-33 dari luar kawasan penalti. Ia menyaksikan Erin Nayler, 22, tanpa peluang langsung di gawang New Zealand.

Hannah Wilkinson berpeluang untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatannya dihadang oleh penjaga gol Belanda, Loes Geurts.

Juara Oceania, New Zealand menghadapi cabaran sukar untuk mara ke peringkat kalah mati ketika mereka seterusnya menghadapi Kanada – yang menewaskan China 1-0 lebih awal di Edmonton.

New Zealand tidak pernah mara ke peringkat kumpulan Piala Dunia dalam dua kemunculan sebelumnya, tetapi ditingkatkan dengan kemaraan ke suku akhir Olimpik 2012. Belanda, yang beraksi dalam Piala Dunia pertama mereka, seterusnya akan menentang China dalam peringkat kumpulan menentang Kanada.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke pusingan 16 pasukan terakhir bersama empat pasukan daripada tiga tangga terbaik.

ARTIKEL YANG SAMA