Jaringan Samir bantu Verona benam Bologna

Jaringan Samir bantu Verona benam Bologna

MILAN, 5 April (AFP) – Pertahanan Verona, Samir menanduk masuk gol tunggal dalam perlawanan menentang Bologna pada Serie A sekali gus memberikan pasukan sedang bergelut itu meraih kemenangan ketiganya musim ini, awal semalam.

Verona sering kali berada di bawah carta kedudukan liga utama Itali di setiap kempen dan berdepan penyingkiran ke Serie B.

Namun anak buah Luigi Delneri terus meletak harapan untuk terus kekal di liga berkenaan, paling tidak secara matematiknya, berterima kasih kepada tandukan Samir pada minit ke-44.

Verona kini kekal di kedudukan tercorot dengan enam mata ketinggalan daripada penghuni zon selamat, Palermo tatkala musim ini berbaki tujuh perlawanan lagi.

Bologna yang terpaksa berdepan kekalahan ketiga berturut-turut mereka selepas perlawanan itu, kekal di kedudukan ke-11 carta.