Jaringan Sanchez, Vargas julang Chile

Jaringan Sanchez, Vargas julang Chile

LIMA, 15 Okt – Alexis Sanchez dan Eduardo Vargas masing-masing menjaringkan dua gol ketika Chile mengatasi Peru 4-3 sekali gus mencatat kemenangan kedua berturut-turut pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018 bagi zon Amerika Selatan.

Kemenangan itu membolehkan juara Copa America yang menewaskan Brazil 2-0 minggu lalu, berkongsi enam mata dengan Uruguay dan Ecuador pada kelayakan membabitkan 10 negara itu.

Chile mendahului apabila hantaran Mauricio Isla pantas disambar Sanchez dalam kotak penalti dan dia melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan penjaga gol Pedro Gallese.

Peru menyamakan kedudukan pada minit ke-10 menerusi Jefferson Farfan tetapi mereka terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke-23 selepas Christian Cueva dilayangkan kad merah kerana mengasari Jorge Valdivia.

Begitu pun, Peru masih mampu mendahului lawan apabila Farfan menyempurnakan penalti pada minit ke-36.

Alexis Sanchez (tengah) terjatuh bersebelahan pemain Peru, Luis Advincula (kiri) dan rakan sepasukannya Carlos Zambrano pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 FIFA bagi Amerika Selatan, di Stadium Estadio Nacional di Lima. – AFP
Alexis Sanchez (tengah) terjatuh bersebelahan pemain Peru, Luis Advincula (kiri) dan rakan sepasukannya Carlos Zambrano pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Rusia 2018 FIFA bagi Amerika Selatan, di Stadium Estadio Nacional di Lima. – AFP

Chile menyamakan kedudukan empat minit sebelum rehat apabila Vargas menjaringkan gol hasil hantaran Valdivia dan berada di depan menerusi gol peribadi kedua Sanchez pada minit ke-44.

Vargas menghasilkan gol ke-empat pasukan pada minit ke-49 selepas mendapat hantaran Sanchez. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA