Jaringan Shaqiri selamatkan Stoke City

Jaringan Shaqiri selamatkan Stoke City

MIDDLESBROUGH, 14 Ogos – Jaringan sepakan percuma Xherdan Shaqiri pada babak kedua membolehkan Stoke City meraih satu mata ketika berdepan Middlesbrough yang kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tujuh tahun menerusi keputusan 1-1, malam tadi.

Alvaro Negredo yang membuat penampilan sulung bersama Middlesbrough menjaringkan gol menerusi percubaan pertamanya melepasi kawalan dua pertahanan Stoke dan menyudahkan hantaran Gaston Ramirez pada minit ke-11.

Percubaan Ramirez menggegar tiang sebelum sepakan sudut Shaqiri dikeluarkan di atas garisan gol selepas Victor Valdes gagal mengagak dengan tepat arah tuju bola itu.

Pendatang baharu EPL itu mencatat rekod pertahanan terbaik di Liga Kejuaraan musim lalu selepas hanya bolos 31 gol namun akhirnya tewas pada minit ke-67 menerusi jaringan Shaqiri. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA