Jaringan Takuma Asano tidak lagi dinafikan

Jaringan Takuma Asano tidak lagi dinafikan

BANGKOK, 7 Sept – Takuma Asano bangkit semula daripada pembatalan gol minggu lepas apabila berjaya menjaringkan gol kedua Jepun dalam kemenangan 2-0 ke atas Thailand yang menghidupkan kembali kempen kelayakan Piala Dunia mereka.

Jaringan Asano dibatalkan pada kekalahan 2-1 ke atas UAE apabila pengadil perlawanan gagal melihat rembatannya melepasi garisan gawang, namun kali ini jaringannya tidak disangkal lagi di Bangkok.

Selepas jaringan pertama Genki Haraguchi pada separuh masa pertama, Asano melepaskan rembatan bola ke bawah kaki penjaga gol Kahwin Thamsatchanan untuk memberikan keselesaan dua gol pada minit ke-75.

Kemenangan itu menghidupkan harapan Jepun di Kumpulan A, di mana mereka menyasarkan untuk menjadi salah satu daripada dua pasukan untuk memenangi kelayakan automatik ke Piala Dunia Rusia 2018.

Jepun mengawal Thailand dengan bijak menggunakan hantaran tepat dan gerakan kemas daripada pemain AC Milan Keisuke Honda dan pemain Borussia Dortmund Shinji Kagawa meleapsi benteng pasukan tuan rumah dengan mudah.

Aksi perlawanan di antara pasukan Jepun dan Thailand baru-baru ini. – AFP
Aksi perlawanan di antara pasukan Jepun dan Thailand baru-baru ini. – AFP

Bekas pemain Manchester United Kagawa bagaimanapun terlepas beberapa peluang jaringan.

Namun jaringan tiba pada minit ke-17 apabila pemain Herta Berlin Haraguchi menanduk bola masuk hasil daripada hantaran lintang dari sebelah kanan padang.

Pertahanan Thailand sekali lagi ditembusi pada minit ke-75 apabila Asano membuat jaringan melepasi Kahwin.

Thailand yang tidak pernah menang ke atas Jepun sejak 1997, kini mempunyai tugasan sukar berikutan kekalahan dua perlawanan dalam dua minggu berturut-turut.

Pasukan Gajah Perang itu tewas 0-1 ke atas Arab Saudi pada Khamis lepas selepas pengadil memberikan sepakan penalti pada saat-saat akhir kepada Arab Saudi membuahkan hasil. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA