Jaringan Zaza hampakan Napoli

Jaringan Zaza hampakan Napoli

TURIN, 14 Feb – Pemain harapan Itali pada Euro 2016, Simone Zaza menyumbat gol kemenangan Juventus pada lewat permainan untuk membolehkan mereka mempunyai kelebihan satu mata di puncak Serie A selepas menewaskan Napoli 1-0, awal pagi tadi.

Ia kekalahan ketiga Napoli pada kempen kali ini sekali gus menyaksikan mereka gagal mencatat kemenangan bersih ke atas juara bertahan itu dalam tempoh semusim sejak kali terakhir melakukannya pada kempen 2009/2010.

Namun, ketika aksi bakal berakhir seri, Zaza memanfaatkan satu serangan balas untuk menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-88 selepas rembatannya dari jarak 22 meter terbias sebelum menewaskan Pepe Reina.

“Saya harap kemenangan ini akan menjadi kunci untuk kami memenangi gelaran,” kata Zaza yang menjadi salah seorang pemain sedang diperhatikan pengurus skuad kebangsaan, Antonio Conte.

Selepas bertahan dengan baik termasuk mengekang peledak utama Napoli, Gonzalo Higuain yang sudah menyumbat 24 gol, jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengakui: “Kami berjaya membalas dendam.” – AFP

Pemain midfield Juventus Samir Khedira (kanan) cuba mengawal serangan daripada pihak lawan. – AFP
Pemain midfield Juventus Samir Khedira (kanan) cuba mengawal serangan daripada pihak lawan. – AFP