Jasa 88 pesara Kementerian Perhubungan dihargai

Jasa 88 pesara Kementerian Perhubungan dihargai

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Seramai 88 orang pesara warga Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini diraikan dan menerima sijil penghargaan di Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Sijil Pesara Kementerian Perhubungan, bertempat di Dewan Amar Pahlawan Kementerian Perhubungan.

Hadir menyampaikan sijil berkenaan ialah tetamu kehormat majlis, Menteri Perhubungan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Majlis tersebut adalah bagi mengenang jasa dan memberi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah bersara di atas sumbangan dan bakti yang dicurahkan selama bertugas di Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang merangkumi segala sumbangan dalam bentuk tenaga, buah fikiran, sokongan moral, kewangan, masa dan juga pengalaman yang sudah setentunya amat signifikan dan tinggi nilainya kepada pihak kementerian.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai,kakitangan dan para jemputan khas.

Hadir menyempurnakan penyampaian sijil di majlis itu ialah Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah (kiri).
Hadir menyempurnakan penyampaian sijil di majlis itu ialah Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah (kiri).
Para pesara yang menghadiri Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Sijil Pesara Kementerian Perhubungan, bertempat di Dewan Amar Pahlawan Kementerian Perhubungan.
Para pesara yang menghadiri Majlis Doa Kesyukuran dan Penyampaian Sijil Pesara Kementerian Perhubungan, bertempat di Dewan Amar Pahlawan Kementerian Perhubungan.

Terdahulu, majlis bermula dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat 1, Awang Tasad bin Haji Tamam.

Sebelum majlis penyampaian sijil penghargaan, ceramah motivasi disampaikan oleh Timbalan Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Ustad Haji Adanan bin Haji Besar.

Dalam ceramah itu beliau antara menyentuh mengenai dengan kerja-kerja terbaik dalam perspektif Islam dan juga mengenai inisiatif serta usaha selepas bersara.

ARTIKEL YANG SAMA