Jasa ‘B’ juara Pertandingan Dikir Syarafil Anam

Jasa ‘B’ juara Pertandingan Dikir Syarafil Anam

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Salambigar dan guru-guru yang mengajar Al-Quran dan Muqqadam di masjid itu telah menganjurkan Pertandingan Dikir Syarafil Anam.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah pada majlis berkenaan, hari ini, ialah Penghulu Mukim Berakas ‘B’, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon.

Dalam pertandingan itu, enam buah pasukan telah memperdengarkan lagu-lagu Dikir Hairuman, Bisyahrin dan Badats.

Muncul juara ialah Pasukan Jasa ‘B’ Masjid Kampung Salambigar, diikuti dengan Pasukan Jasa ‘A’ Masjid Kampung Salambigar di tempat kedua dan Pasukan Masjid Kampung Pengkalan Batu di tempat ketiga.

Majlis diakhiri dengan persembahan Dikir Ashrakal oleh semua peserta yang mengambil bahagian.

Pengiran Haji Ali dan ketua-ketua Kampung Mukim Berakas ‘B’ menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Salambigar.
Pengiran Haji Ali dan ketua-ketua Kampung Mukim Berakas ‘B’ menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Salambigar.

ARTIKEL YANG SAMA