Jasa guru dihargai

Jasa guru dihargai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Okt – Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Kluster 2, baru-baru ini, telah meraikan Hari Guru dalam majlis sambutan yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Guru Besar sekolah tersebut, Dayang Rosinah binti Haji Ibrahim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa Hari Guru yang diteruskan lagi dengan ucapan wakil daripada murid sekolah itu yang melahirkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sokongan, jasa dan dorongan yang telah diberikan daripada guru-guru mereka.

Pelajar-pelajar dan guru-guru SR Bendahara Sakam, Bunut mengabadikan kenangan sempena Sambutan Hari Guru kelmarin.
Pelajar-pelajar dan guru-guru SR Bendahara Sakam, Bunut mengabadikan kenangan sempena Sambutan Hari Guru kelmarin.
Antara persembahan pelajar semasa Sambutan Hari Guru di SR Bendahara Sakam, Bunut kelmarin.
Antara persembahan pelajar semasa Sambutan Hari Guru di SR Bendahara Sakam, Bunut kelmarin.

Kemudian, majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh murid-murid Tahun 4 dan 5, persembahan murid rendah bawah, permainan khas bagi guru dan juga penyampaian anugerah guru serta acara memotong kek.

Majlis ini bertujuan untuk menunjukkan penghargaan kepada guru-guru yang tidak berputus asa dan tekun dalam menjaga, menyayangi dan tidak henti-henti melimpahkan ilmu pengetahuan kepada para murid-murid mereka.

ARTIKEL YANG SAMA