Jason bakal duduki takhta No. 1 dunia

Jason bakal duduki takhta No. 1 dunia

LOS ANGELES, 27 Mac (Reuters) – Jason Day akan mengambil alih kedudukan nombor satu dunia daripada Jordan Spieth minggu depan apabila mengatasi pemain Amerika Syarikat (AS) Brooks Koepka 3-2 dalam pertemuan suku akhir Kejohanan WGC-Dell Match Play di Texas, hari ini.

Bintang Australia itu menempah pertemuan dengan juara bertahan Rory McIlroy dalam aksi separuh akhir malam ini selepas jaguh dari Ireland Utara itu mengalahkan pemain AS, Chris Kirk 4-3 di atas lapangan Austin Country Club.

Pemain Afrika Selatan, Louis Oosthuizen yang juga juara Terbuka British 2010 akan berdepan pemain Sepanyol Rafa Cabrera-Bello dalam satu lagi pertemuan separuh akhir.

Aksi Jason ketika melakukan pukulan pada lubang yang kesepuluh pada pusingan 8 di Kejuaraan Golf Dunia di Austin. – AFP
Aksi Jason ketika melakukan pukulan pada lubang yang kesepuluh pada pusingan 8 di Kejuaraan Golf Dunia di Austin. – AFP

Oosthuizen mengetepikan Dustin Johnson dari AS 2-1 manakala Cabrera-Bello menewaskan seorang lagi wakil AS, Ryan Moore dengan jumlah kemenangan sama. Kejayaan Day kembali ke persada ranking dunia itu berpunca daripada penyingkiran Spieth pada pusingan 16 terakhir kepada Oosthuizen 4-2 sebelum itu.

Kejohanan ini menarik penyertaan seramai 64 pemain terbaik dunia dengan menawarkan wang kemenangan bernilai AS$9.5 juta.

ARTIKEL YANG SAMA