Jason Day, Bae kongsi pendahuluan The Barclays

Jason Day, Bae kongsi pendahuluan The Barclays

EDISON, AS, 30 Ogos (AFP) – Juara PGA, Jason Day dan Bae Sang-Moon mencipta lebih banyak birdie semalam untuk mendahului saingan golf The Barclays di sini, selepas kedua-duanya mencatat tujuh di bawah par 63 selepas 54 lubang berakhir.

Day dari Australia yang meraih kejuaraannya di Whistling Straits dua minggu lalu, melakukan enam birdie dan satu eagle, selain satu bogey untuk bersama Bae mencatat keseluruhan 11 di bawah par 199 di lapangan Plainfield Country Club.

Bae yang mencatat empat birdie pada tujuh lubang pertama, mengakhiri saingan dengan sembilan birdie dan dua bogey, untuk sama-sama mendahului satu pukulan ke atas juara dua kali Masters, Bubba Watson.

Day membuat pukulan pada lubang ke-18 pusingan ketiga The Barclays semalam. – AFP
Day membuat pukulan pada lubang ke-18 pusingan ketiga The Barclays semalam. – AFP

Watson yang mendahului satu pukulan sebelum itu, mencatat tiga di atas par 67, untuk berada di tangga ketiga secara solo, satu pukulan di belakang juara Terbuka British, Zach Johnson (67) selain Henrik Stenson (67) dan Ryan Palmer (65).

“Ia hari yang sangat baik,” kata Day. “Dapat melakukan pencapaian sama seperti Sang-Moon, ia suatu yang baik. Kami saling membantu pada hari ini.”