Jason Day dahului dua pukulan

Jason Day dahului dua pukulan

KOHLER, AS, 16 Ogos (AFP) – Jason Day melakukan dua bogey lewat permainan untuk mencatatkan enam bawah par 66 pada hari ini (waktu AS) untuk mendahului dengan kelebihan dua pukulan ke atas Jordan Spieth selepas pusingan ketiga Kejohanan PGA, berakhir.

Pemain Australia ini berada di landasan selepas melakukan eagle putt pada jarak 13 kaki di lubang 11 par 5 di lapangan Whistling Straits itu, diikuti birdie di lubang 13 dan 14, untuk meletakkannya pada kedudukan 16 di bawah par.

Namun, dia terpaksa melakukan dua pukulan bagi mengeluarkan bolanya dari bunker sebelum catat bogey berganda pada lubang 15, yang sekali gus menyebabkan ia merosot kepada 14 bawah par, tatkala Spieth pula menamatkan saingan dengan tujuh di bawah par 65 untuk keseluruhan 13 di bawah 203. Day pantas bangkit selepas itu dengan melakukan birdie pada jarak 24 kaki pada lubang 17 par 3 sebelum akhirnya kedua-dua pemain diletakkan bersama pada aksi hari terakhir esok.

Spieth, yang juga juara Masters dan Terbuka AS, melakukan enam birdie pada lapan lubang terakhir untuk selesa menduduki tangga kedua seorang diri, sekali gus menghidupkan semula harapannya untuk menyertai Ben Hogan dan Tiger Woods, selaku pemenang tiga kejuaraan major dalam setahun.

Reaksi Jason Day selepas berjaya melakukan birdie pada pusingan ketiga Kejohanan PGA, semalam. – Reuters
Reaksi Jason Day selepas berjaya melakukan birdie pada pusingan ketiga Kejohanan PGA, semalam. – Reuters