Jason Day jadi tumpuan kejohanan Barclays

Jason Day jadi tumpuan kejohanan Barclays

LOS ANGELES, 25 Ogos – Pemain nombor satu dunia Jason Day antara tiga pemain yang menjadi tumpuan di Kejohanan The Barclays yang memulakan pusingan pertama playf off Jelajah PGA.

Juara bertahan Day disertai oleh Dustin Johnson dan Adam Scott pada acara itu yang akan disenarai pendekkan pada FedEx Cup kepada 100 dan memberi peluang kepada untuk mendapatkan tempat dalam Piala Ryder.

Juga berada dalam perlawanan itu Justin Rose yang baru memenangi pingat emas di Olimpik Rio. Rose akan beraksi pada hari Khamis di Bethpage Black di Farmingdale, New York dalam kumpulan dengan Zach Johnson dan Kyle Reifers.

Day dari Australia, Johnson dari AS dan Scott telah bergabung bagi tujuh kemenangan musim ini dan tiga pemain teratas dalam kedudukan playoff.

Jason Day semasa sidang media di Bethpage State Park, Farmongdale, New York, Rabu lalu. – AFP
Jason Day semasa sidang media di Bethpage State Park, Farmongdale, New York, Rabu lalu. – AFP

Ketiga-tiga mereka muncul selepas berehat, setelah tidak beraksi sejak Kejohanan PGA bulan lalu di New Jersey.

Scott cuba kembali kepada keadaan biasa yang menyaksikan dia memenangi dua perlawanan berturut-turut pada awal musim ini di Florida. Dia adalah 10 pemain teratas sejak kemenangan itu.

Dalam tahun 2012, Johnson terikat bagi kali ketiga pada acara ini, kali terakhir ia diadakan di Bethpage, terletak 62 kilometer dari timur New York. Rose, dari England memasuki playoff pada kedudukan ke 51 dalam kedudukan Piala FedEx. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA