Jason Day tekad tingkatkan persaingan

Jason Day tekad tingkatkan persaingan

LOS ANGELES, 1 Jun – Kejayaan baru-baru ini bagi Rory McIlroy dan Jordan Spieth hanya mengukuhkan pemain nombor satu dunia, Jason Day, yang semalam berkata dia bersedia untuk bersaing bersama pesaingnya dalam Memorial yang akan diadakan esok.

Day dari Australia akan bersaing buat kali pertama sejak kejayaan berturut-turut dalam PGA AS, Tour’s Players Championship.

Ketika rehatnya, McIlroy menamatkan kemarau kejayaan enam bulan dengan kemenangan di Terbuka Ireland, sementara itu Spieth menggegarkan Master untuk mencatatkan kemenangan di Colonial Country Club pada Ahad lalu dan menghampiri Day untuk mengungguli rangking teratas dunia.

 Jason Day tekad tingkatkan persaingan meski dua pencabar terdekatnya baru-baru ini telah memenangi kejohanan golf masing-masing. – AFP
Jason Day tekad tingkatkan persaingan meski dua pencabar terdekatnya baru-baru ini telah memenangi kejohanan golf masing-masing. – AFP

Bagi Day, kejayaan pesaingnya meningkatkan semangat persaingannya.

“Saya mendengar beberapa minggu lalu bahawa ia mengganggu Jordan ketika saya memenangi beberapa pertandingan dan menguasai kedudukan nombor satu dunia,’ kata Day ketika dia bersedia bagi pertandingan yang dihoskan Jack Nicklaus di Muirfield Village di Dublin, Ohio.

“Dan ia seharusnya. Ia seharusnya mengganggu pemain–pemain yang bersaing dan mahu untuk kekal di kedudukan teratas. Saya tahu saya menekan kedudukan itu apabila saya melihat Rory atau Jordan di kedudukan dunia. Saya juga mahu melakukannya.

Ia menarik untuk melihat bagaimana tindak balas pantas mereka.”

Day, Spieth dan rangking ketiga McIlroy adalah diantara 30 dari 50 pemain dunia dalam persaingan itu bagi pertandingan yang menawarkan $8.5 juta, yang juga memperkenalkan pemain nombor empat dunia, Bubba Watson, rangking kelima Rickie Fowler dan pemain nombor lapan, Dustin Johnson.

Muirfield Village tidak begitu selesa kepada Day, yang mengingatkan rekodnya di padang tersebut di mana dia tidak pernah menamatkan di kedudukan ke 10 teratas.

“Ia mengecewakan sejak isterinya, Ellie, berasal dari Ohio dan Day adalah ahli di Muirfield- -fakta yang dikatakan pemain dari Australia itu mengecewakannya dalam pertandingan itu. – AFP