Jason kekal pendahulu PGA

Jason kekal pendahulu PGA

MIAMI, 20 Mac (AFP) – Pemain Australia, Jason Day mencatat dua di bawah par 70 untuk mengekalkan status pendahulu dengan kelebihan dua pukulan selepas pusingan ketiga saingan Jemputan Arnold Palmer PGA Amerika Syarikat (AS), berlangsung dalam hujan awal pagi semalam.

Juara Kejuaraan PGA 2015 itu mengetepikan keadaan cuaca tidak baik itu apabila merakam 15 di bawah par 201 selepas 54 lubang dalam kejohanan yang menjadi pemanas badan sebelum Master, bulan depan – kejohanan major pertama tahun ini.

“Ada ketika ia cukup berat di sana kerana hujan. Angin juga sangat mencabar dan perubahan suhu menjadikan ia lebih sejuk.

“Untuk beraksi di lapangan dengan cuaca begini dan mendapat par, ia adalah hari yang baik. Saya perlu banyak bersabar,” kata Day.

Jason melakukan pukulan ketika pusingan ketiga di saingan Jemputan Arnold Palmer PGA Amerika Syarikat (AS). Jason mencatat dua di bawah par 70 untuk mengekalkan status pendahulu dengan kelebihan dua pukulan. - AFP
Jason melakukan pukulan ketika pusingan ketiga di saingan Jemputan Arnold Palmer PGA Amerika Syarikat (AS). Jason mencatat dua di bawah par 70 untuk mengekalkan status pendahulu dengan kelebihan dua pukulan. – AFP

Pemain AS, Troy Merritt dan Kevin Chappell masing-masing mencatat 67 untuk berkongsi kedudukan kedua dengan keseluruhan 203.

Henrik Stenson dari Sweden yang melakukan 70 pukulan dengan Justin Rose dan Derek Fathauer berkongsi kedudukan kelima dengan 205.

Stenson dan Rose menyertai Day untuk menjadi trio terakhir di Bay Hill Orlando, Florida yang mana masa tee-off diawalkan kerana faktor cuaca buruk yang dijangka berlaku pada tengah hari.

“Saya mempunyai satu atau dua peluang tetapi ia keadaan yang sukar. Ia bermula dengan kejohanan golf pada enam lubang pertama kepada pertandingan bagi menghidupkan peluang,” kata Stenson.

ARTIKEL YANG SAMA