Jason kembali no. 1

Jason kembali no. 1

LOS ANGELES, 28 Mac (AFP) – Pemain Australia, Jason Day menewaskan Louis Oosthuizen 5 dan 4 untuk menjuarai mahkota kedua kejohanan golf WGC Match Play, sebentar tadi.

Day telah memberi jaminan untuk mendapatkan semula gelaran ranking nombor satu dunia pada Sabtu lalu apabila dia sampai ke separuh akhir dan menyingkirkan pemain amerika Jordan Spieth di pusingan 16.

Day meninggalkan Austin, Texas, bukan hanya dengan trofi tetapi ranking nombor satu dunia, yang diperolehnya apabila mara ke separuh akhir semalam ketika pemain Amerika Syarikat, Jordan Spieth tersingkir pada pusingan 16 terakhir.

Day, juara 2014, menewaskan juara bertahan Rory McIlroy dengan kelebihan satu pukulan malam tadi dalam pertembungan dua pemain handalan pada separuh akhir.

“Untuk melakukan permainan dengan cara yang saya lakukan adalah sesuatu yang sukar tetapi ia adalah sesuatu yang hebat,” kata Day.

Jason berjaya mengondoli gelaran juara Kejohanan Golf WGC Match Play setelah menewaskan Louis Oosthuizen di Austin. – AFP
Jason berjaya mengondoli gelaran juara Kejohanan Golf WGC Match Play setelah menewaskan Louis Oosthuizen di Austin. – AFP

“Saya sangat teruja. Ia adalah satu minggu yang tidak dapat dilupakan minggu ini kerana ia bukan sahaja memenangi perlawanan tetapi juga untuk kembali ke nombor satu di dunia,” kata Day.

Ada kekecewaan lain terpaksa dihadapi McIlroy, apabila pemain Sepanyol yang berkedudukan ke-52 dunia, Rafa Cabrera Bello menewaskan pemain pilihan ketiga dari Ireland itu dengan 3 dan 2 untuk merebut tempat ketiga.

Oosthuizen menewaskan Cabrera Bello 4 dan 3 pada separuh akhir.

Day menyertai Tiger Woods dan rakan senegara, Geoff Ogilvy selaku pemenang beberapa kejuaraan Match Play.

ARTIKEL YANG SAMA