Jason Kenny sehebat Chris Hoy

Jason Kenny sehebat Chris Hoy

RIO DE JANEIRO, 12 Ogos – Tidak kisahlah pelumba basikal mana yang digandingkan dengan Jason Kenny dalam acara pecut berpasukan di Olimpik, keputusannya tetap sama.

Wajah baharu skuad yang dibarisi Kenny, Philip Hindes dan Callum Skinner berjaya mengatasi New Zealand di pusingan terakhir bagi membolehkan Britain memenangi pingat emas ketiga berturut-turut dalam acara itu. Kenny adalah satu-satunya pelumba yang memenangi ketiga-tiga pingat.

“Acara berpasukan selalunya adalah yang terbaik. Anda dapat memenanginya bersama rakan sepasukan,” kata Kenny.

“Saya ingat lagi di Beijing dan sekali lagi di London. Di sini dengan pasukan baharu berbanding di Beijing.”

Hindes menggantikan Jamie Staff yang menyertai skuad itu empat tahun lalu di London.

pg23_160813_olympic logo

Philip Hindes (kiri), Jason Kenny (tengah), dan Callum Skinner (kanan), bergambar ramai apabila memenangi pingat emas dalam acara pecut berpasukan lelaki di Rio Olimpik Velodrome pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Khamis lalu. – AP
Philip Hindes (kiri), Jason Kenny (tengah), dan Callum Skinner (kanan), bergambar ramai apabila memenangi pingat emas dalam acara pecut berpasukan lelaki di Rio Olimpik Velodrome pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, Khamis lalu. – AP

Skinner menyertai pasukan itu tahun ini menggantikan Chris Hoy yang bersara, pemenang paling banyak pingat di Olimpik dalam sejarah Britain.

“Kami tahu Callum boleh melakukannya,” kata Hindes. “Kami tahu dia berada di prestasi terbaiknya. Dia perlu mengisi kekosongan besar yang ditinggalkan tetapi saya tak rasa Callum ada merasai tekanan itu. Dia hanya melakukan kayuhannya.”

Britain merekodkan 42.440 saat, merendahkan rekod Olimpik yang dicipta Kiwis pada perlumbaan sebelum ini. Trio New Zealand – Ethan Mitchell, Sam Webster dan Ed Dawkins mencatat masa 42.542s. – AP

ARTIKEL YANG SAMA