Jason tarik diri akibat kecederaan

Jason tarik diri akibat kecederaan

MELBOURNE, 7 Okt – Pemain nombor satu dunia dari Australia, Jason Day (gambar) hari ini menarik diri dari pertandingan Piala Dunia bulan depan di Melbourne kerana mengalami kecederaan belakang.

Pemenang Jelajah PGA sebanyak 10 kali merancang untuk pulang bagi beraksi dalam pertandingan yang diadakan di Kingston Heath pada 23-27 November buat kali pertama sejak dia dan pemain senegara, Adam Scott memenangi pertandingan itu pada 2013.

“Saya kesal kerana tidak dapat untuk pulang ke Australia tahun ini,’ kata Day dalam satu kenyataan.

“Saya bersedia untuk beraksi dalam Terbuka Australia dan berganding bersama Adam Scott dalam salah satu padang kesukaan saya Kingston Heath pada minggu berikutnya dalam Piala Dunia di Melbourne.

“Perancangan saya adalah untuk pulang ke Australia pada 2017. Ucapan terbaik saya kepada Adam dan pasukan Australia pada Piala Dunia.”

Day mengalami koyak ligamen dalam menghampiri musim Jelajah PGA 2016, memaksa pengundurannya dari Kejuaraan BMW dan Jelajah Kejuaraan.

Dia dinasihatkan untuk berehat sehingga tahun depan dan prospek kunjungan yang lama ke Australia pada pertengahan pemulihannya dan tempoh selebihnya tidak dicadangkan oleh kakitangan perubatan.

Day juga menarik diri dari pertandingan amal menentang bekas pemain nombor 1 Rory Mcllroy di Filipina pada 29 November depan, kata kenyataan dari PGA Australia.

Scott, sekarang adalah pemain rangking tertinggi dari Australia, akan memilih rakan baru untuk membentuk salah satu dari 28 pasukan yang terdiri dari dua pemain yang akan mewakili negara mereka pada Piala Dunia.

Pertandingan tahun ini akan kembali kepada 72 lubang, permainan strok, format berpasukan dua pemain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA