Jati Transport hargai pelanggan

Jati Transport hargai pelanggan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Untuk mengeratkan ikatan silaturahim bersama para pelanggannya, Jati Transport Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Mercedes Benz di Brunei, telah mengadakan Hari Penghargaan Pelanggan 2016 di Jati Transport, Perindustrian Beribi II, hari ini.

Semasa acara berkenaan, para pelanggan bukan sahaja disajikan dengan pelbagai juadah malah dihiburkan dengan berbagai-bagai aktiviti seperti melukis muka, inai tangan, pondok gambar dan banyak lagi.

Para jemputan juga berpeluang memenangi hadiah berupa PowerBank apabila menyertai ‘Park Pilot Challenge’, di mana setiap peserta dikehendaki mengendalikan model terbaru Mercedes Benz menggunakan sistem ‘Pilot Parking’.

Sistem tersebut membolehkan kenderaan itu diletakkan dalam dan luar tempat letak kereta secara automatik tanpa pemandu berbuat apa-apa.

Antara kereta yang disediakan untuk pelanggan uji pandu.
Antara kereta yang disediakan untuk pelanggan uji pandu.
Inai tangan antara aktiviti yang diadakan semasa Hari Penghargaan Pelanggan 2016 berkenaan.
Inai tangan antara aktiviti yang diadakan semasa Hari Penghargaan Pelanggan 2016 berkenaan.
Para pelanggan disajikan dengan pelbagai hidangan.
Para pelanggan disajikan dengan pelbagai hidangan.

Sempena acara berkenaan, sesi uji pandu beberapa model terbaru Mercedes Benz juga dibukakan kepada semua pelanggan dan para jemputan yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi terkini Mercedes Benz.

Menurut kenyataan Jati Transport, jurujual eksekutif Mercedes Benz juga memberikan penerangan mengenai Sistem Bantuan Pemandu (Driver Assistance System) yang memberi bantuan kepada pemandu mengekalkan jarak selamat dengan kereta yang lain dan kekal di tengah-tengah jalan.

ARTIKEL YANG SAMA