Jauhi demonstrasi Jakarta

Jauhi demonstrasi Jakarta

JAKARTA, 1 Dis – Kerajaan-kerajaan asing hari ini memberi amaran rakyatnya untuk menjauhi perhimpunan besar di bandar Jakarta, Indonesia yang diadakan oleh kumpulan Islam bagi membantah gabenor Kristian bandar itu di tengah-tengah kebimbangan ia boleh bertukar menjadi ganas.

Kira-kira 150,000 orang dijangka akan membanjiri perbandaran Jakarta esok (Jumaat) untuk membantah ke atas Basuki Thahaja Purnama yang dituduh menghina Islam dan mengakibatkan kemarahan meluas di dunia yang majoriti penduduknya Islam.

Protes pada 4 November ke atas Purnama, yang didakwa kerana melanggar undang-undang penghinaan agama Indonesia, telah menarik kira-kira 100,000 pembantah dan berakhir dengan keganasan, dengan seorang terbunuh dan ratusan cedera dalam pertempuran itu.

Kedutaan Amerika di Jakarta memberi amaran dalam mesej kepada warga AS bahawa ‘walaupun demonstrasi itu bertujuan aman, ia boleh bertukar menjadi konfrontasi dan berubah menjadi keganasan’.

Orang awam bergambar dengan kakitangan tentera Indonesia semasa ‘Perpaduan Kepulauan’ di sebuah taman sekitar monumen utama di Jakarta pada 30 November. Tentera dan polis menganjurkan perhimpunan perpaduan itu di seluruh negara untuk menyeru keamanan dan mengurangkan ketegangan menjelang bantahan pada 2 Disember ini. – AFP
Orang awam bergambar dengan kakitangan tentera Indonesia semasa ‘Perpaduan Kepulauan’ di sebuah taman sekitar monumen utama di Jakarta pada 30 November. Tentera dan polis menganjurkan perhimpunan perpaduan itu di seluruh negara untuk menyeru keamanan dan mengurangkan ketegangan menjelang bantahan pada 2 Disember ini. – AFP

“Beberapa kumpulan pelampau mungkin mengambil kesempatan atas acara 2 Disember ini untuk mencetuskan atau melakukan keganasan,” katanya, menambah bahawa warga Amerika seharusnya menjauhi demonstrasi berkenaan.

Sementara itu, kerajaan Australia juga memberi amaran rakyatnya: “Kami menegaskan anda untuk mengelak semua bantahan yang mungkin bertukar menjadi ganas….kekal berwaspada dan mengekalkan keselamatan.”

Lebih 20,000 anggota polis dan askar akan dikerahkan semasa perhimpunan esok yang kelihatan sedikit semasa bantahan awal ke atas Purnama, yang dikenali sebagai Ahok. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA